Saturday, 12 April 2014

25//

Assalamualaikum and hi pal! 
Haha, k at last selepas otp malam semalam. Gua dah tau kenapa dia lain macam. hahah.Rupanya dia terasa dengan gua sebab petang tu gua macam garang je masa dia call. haha. Alahai senget ni. Yelah, usually memang gua tak pernah nak garang2 ni sebab aku bukan jenis macam tu. haha. Nvm, everything gonna be okay dan dah kembali biasa kot. haha. Dia pon dah balik merlimau harini. So mungkin lepas ni dia akan busy sikit la sebab nak study. haha. dan mungkin berdota sekali. Gua dah study so lek sikit. Tapi belum study habis lagi. hihi.Nvm, wish us luck on our final exam and portfolio k :D I do love you MIFZ ❤

Friday, 11 April 2014

24//

Assalamualaikum and hi ! 
Okay tadi dia dah call kejap then, apa jawapan yang gua dapat sangat tak memuaskan hati. Gua tau dia macam tak sampai hati nak cakap. pasallah. So lepas ni memang gua taknak cakap macam-2 ar. Jangan tanya kenapa ar nanti. Masa dia cakap tadi, gua boleh pulak ternangis. Nasib tak kantoi. Pastu gua buat-2 lah okay dengan jawapan dia tu padahal dalam otak gua masa tu `I'm not strong enough lah bongok` haha.It's too hurt and dah banyak benda gua pendam. Inshaallah selagi gua tahan benda tu semua perkara kecik je. kbye

//23//

Assalamualaikum and hi!
Sekarang ni gua sedang berasa sedikit sedih. Kenapa? idk. haha. Cuma terfikir yang IF ada cakap dia tak suka gua mintak itu ini dan gua cakap benda tu banyak kali. Tapi bila gua tanya mula-2 dia taknak cakap pastu at last dia cakap nanti masa on call dia bagitau. Hmm, gua terfikir apebende yang gua mintak ek? entah lah tak masuk dalam kepala sangat lah. sebab gua ni banyak sikit cakap bila dengan dia. so semua benda gua hembus. ini sebab gua taknak lah masing-2 senyap masa on call. gua hembus jelah apa yang terfikir tu. Entah mungkin cara gua ni salah kot? Tapi bohong lah kalau tak sedih kan. I just wanna make a long conversation and not a bored conversation. that's all. Tengok jelah nanti apa yang dia akan cakap nanti. i'm just be myself. ha lagi satu boleh pulak dia cakap jangan tweet pasal tu. so that's why lah gua update ni. dia bukan tahu blog gua ni. huh! memang tak lah gua nak tweet pasal dia lagi lepas ni. seriously cakap sedih. tapi gua just fikir benda ni semua biasa lah dalam relay ada pasang surutnya kan. k takpe. just wait for his answer.bye i'll update later :') 

Friday, 4 April 2014

22//

Assalamualaikum and hi uollssss :D
Now, iolls tengah study week dan paper akan start pada 16 nanti. Iolls ada 2 paper dan 1 final portfolio sahaja. weee. Iolls akan start cuti sem on 23 nanti. Okay, memandangkan sekarang tengah study week, gua dengan IF pon berjauhan lah kan. Every day we all akan call,ws, skype. haha. Me and him terfikir jugak kan best kalau call tak kena guna kredit. boleh borak lama-2. haha. Every seconds of my life i'll think about him and miss him. Even gua selalu merajuk dengan dia pasal dota, haha. tapi gua tak boleh nak merajuk lelama dengan dia tu. Merajuk pon sejam dua je. hahaha. kelakar je. Imma just hope, he'll be my last and forever mine one day. In shaa Allah. amiin.


I miss you Izzat Fauzan!


For those yang tak suka tu, jangan baca blog gua k. Thankssss :*

Friday, 14 March 2014

21//

Hi, assalamualaikum !
Even kerja gua berlambak macam hape gua still sempat update. haha. Tahap kemalasan nak buat kerja agak menggunung sekarang. Nanti esok nak submit baru ngelibas nak buat. itu normal. haha. I do love him everyday. cehh tetibe je. haha. act macam taktau nak update ape sangat. haha. kbye :*

Tuesday, 11 March 2014

20//

Asslamualaikum and hi reader ! Too much assignment yang perlu nak di submit. Argh, stress weh. 10 drawing untuk working drawing dan 10 drawing untuk design. Pehhh, bayangkan weh. Malas nak cerita banyak pasal assignment kt sini. Tapi gua nak cite pasal IF. Terlalu banyak mengalah lah aku ni. Everytime pasang surut mesti gua yang mengalah. Gua yang akan cari dia balik. Dah beberapa kali dah macam tu. Mostly gaduh kecil je pasal dia busy dengan dota. Cuba bayangan, dah la kitaorang ni memang superb busy dengan assignment then bila ada waktu free sikit, dia spent time dengan dota. bukan tak boleh nak main dota tu tapi entah lah. sometimes rasa terabai kot. haih. Pastu harini dia punya kad matrik hilang. Dia bila takde mood gua sangat tak suka. Sebab dia layan macam tak layan je. Entah lahhhhh. argh. banyak sangat masalah nak fikir tau. Boleh dikatakan tiap hari lah ada masalah. Tak suka oi. Semalam baru baik baik sweet. Tapi harini dah macam ni. Memang setiap hari lah ada pasang surutnya. Tapi lumrah ah kan. Just follow the flow. Malas nak serabutkan kepala. Tapi gua tak boleh ah kalau macam ni. Nanti nak buat kerja tak tenteram tauuu. haih. Entah lah. hopefully semuanya okay esok. Sangat tak suka bila pergi kelas then tengok muka dia badmood. pehhh. Lagi takut tau gua nak tegur. haha. Entah lah, gua nak biarkan jelah dulu. Nak tengok dia cari gua ke tak. K that's all. bye :')

Friday, 21 February 2014

19//

Assalamualaikum, Hi uolllsss! 
Harini gua berada di rumah manis rumah. cewahh. dah balik since semalam. heh. I have a lot of story. tapi taktau nak mula dari mana. haha. Kalau pasal asgmnt tu tak payah cakap ah. Memang berlambak weh. 3hb ni nak submit model lagi. pehh, memang rushing ah kan. Bila rushing nanti masing masing busy. haha. K, masa kelas petang semalam, nampak sikit perubahan dia. Apa yang berubah? haha, masa dah abes kelas, dia ajak jalan sama. tapi mana gua tahu dia nak jalan sama jadi gua suruh member gua tunggu kejap bila dia panggil gua tu. yang kelakarnya, dia panggil gua then, gua dah datang kt dia, dia cakap takde pape. pastu ajak jalan sama. ehh, tampo kang. haha. tapi bila dia nampak member gua tunggu, dia tak jadi nak jalan sama. haha. takpe~ then, the best moment bila otp dengan dia malam semalam. hahah. a lot of story that we share. pastu masa nak end call, masing masing macam taknak letak call. haha. suka dengar bila dia cakap sayang awak >< haha such a sweet guy. haha. okay, nak cerita pasal twitter pulak. dia ni ada twitter jugak cuma jarang tweet but lately ni, dia dah rajin rt lah. haha. then benda yang dia rt semuanya sweet sweet. hahah. i know he really meant what he had been rt. haha. sama macam gua lah. gua rt benda apa yang gua rasa. pastu dia ni lah stalker kesayangan gua. haha. setiap apa yang gua buat kt twitter tu dia tahu lah. haha. gua nak cerita lagi tapi taktau nak cerita apa. haha. next time gua update lagi k :*

Sunday, 16 February 2014

18//

Holla, Asslamualaikum guys!
"Kenapa wujud dota dalam dunia ni?" haha, see siap highlight lagi kau. hobi seorang lelaki yang gemar bermain games. Kerana dota, kurangnya masa bersama. cewahh. haha. Tapi betul lah kan. Kalau korang punya partner kaki dota ni, haa for sure macam gua lah. kurang masa bersama. haha. Tengah borak borak kang tetibe je hilang. haa dah tau dah kalau macam tu. geram jugak kekadang. haih. sakit hati. haha. Taktau nak buat macam mana supaya dia boleh kurangkan main dota tu. Gua taktau lah nanti cuti sem macam mana. Lebih banyak masa kt dota atau dekat gua. haha. Ni gua tengah buat kerja tetibe bosan sebab dia tak reply ws, so update ah blog ni. haha. esok dah balik ke merlimauland. kerja masih menggunung macam biasa. walaupun gua bawak balik kerja, tak semestinya gua buat k. hahah. k lah bye :p

Saturday, 15 February 2014

17//

Hi, Assalamualaikum!
Hmm, taktau nak start cerita dari mana. haha. okayy, dalam minggu ni, kiranya haritu lah kan. gua tukar hp kejap dengan dia. 2 hari je. pada mulanya sebab suruh dia mainkan candy crush sampai lepas je pon. haha. kelakar sekali ye, sampai kena gelak dengan housemate gua sendiri. act, kalau dah tukar hp ni mestilah nak amek kesempatan jugak kan. heh. ingatkan dapat lah buka wc dia tapi hampeh. dia log out kan. pastu gua cakap kt dia gua nak tengok wc dia tapi dia cakap tak payah nanti awak sendiri yang sakit hati. dia taknak gua baca wc dia dari awal sampai akhir. kononnye lah. sabar jelah. hopefully dia takde lah sorokkan pape dari gua. haha. Then, kebetulan ada 1 kelas tu lect takde tapi suruh stay kt kelas jugak, memang tak ah gua nak stay dalam kelas je kan. better gua stay luar amek angin. haha. gua dengan ana si roommate aku ni stay kt luar kelas dok borak borak cerita itu ini. tetibe si IF ni datang. haha. memang kteorg dah plan nak tukar hp balik pd hritu. then tukar lah kan. sempat lah borak sikit dengan dia. time kteorg borak tu memang kurang asam si ana ni. dia pergi masuk kelas then bebudak laki kelas gua ni siap tutup pintu belakang kelas. tah pape je dorang ni. tetibe ada classmate gua perempuan panggil IF ni time kteorg tengah borak. haa, memang kantoi ah kan. Lepastu, kteorg pon masuk ah kelas. masuk masuk je semua budak kelas pandang. k ini malu. hahah. nvm, gua bukan lah nak rahsia sgt pasal relay ni. cuma taknak heboh je. hahah. masa tukar hp haritu gua amek kesempatan curi sikit sikit gambar dia. haha tapi dia tau. haha. ada lah jugak stalk conversation dia kt ws dengan fb. haha. dan gua dapat tahu yang dia ni memang penggemar game tegar. susah nak explain kt sini. haha. then gua sempat buat note dekat memo dia. haha konon sweet ah.hahah. saje bagi reminder dekat dia. heh. hopefully, he's the one. k, that's all. bye

Wednesday, 12 February 2014

16//

Hi,Assalamualaikum !
Student life sentiasa busy k. Sangat busy sampai bosan k. hahah. Bosan sebab setiap malam mesti ada assignment. Gila tak bosan kan. haha. Weekend pon ada kerja. haih. Dah lah tu kalau tengah ada time free tu ws dengan si IF tak sepenuhnya dapat spent time. Biasa lah lelaki kan busy dengan GAMES. Kadang kadang bosan ah takde orang layan kan. hahaha kesian sekali ye. once dia tak dapat spent time banyak dengan gua mesti dia call. tak pon gua suruh call. lepas call nnt lenyap ah main games. haha. Nvm lah kan. tapi sakit hati jugak. haha. haa, ada cerita yang kelakar bg gua nk cite kt sini. boleh dikatakan setiap hari gua akan mimpi dia tu. tak kire lah tido petang ke malam ke. hahah. padahal hari hari jumpe. pelik je. haha. k lah, tu je lahh. byee. 

Thursday, 6 February 2014

15//

Assalamualaikum guys :D
harini hari terakhir stay dekat rumah. esok dah balik rumah sewa dan menjalankan tugas sebagai seorang pelajar seni bina seperti biasa. lepas ni takde cuti panjang lagi melainkan cuti sem. haha. Lama lagi nak cuti sem,perlu hadap final exam dulu. Kena hadap pointer lagi. peh. Sem ni sama macam sem lepas, banyak sangat main. tak serious dalam buat kerja. semuanya sambil lewa je. haih. bila nak berubah taktau lah. dah lah projek 1 macam ape je, boleh pulak redo projek sedangkan lect tak suruh pon. itu menyebabkan markah jatuh dan gua sangat menyesal. mungkin ikut kawan sangat kot. kengkawan ubah design gua pon ikut ubah, at last merana. lepasni gua akan berfikir lebih matang lagi. cehh. haha. naik cuti ni for sure akan lebih busy dan tak cukup tidur untuk siapkan design projek 2, working drawing, subjek lain tu penting jugak tapi tak banyak kerja macam 2 subjek ni. haha. Gua takut pointer turun je nanti. Arghh tidak. Hopefully tak turun lah. in shaa Allah amiin. Apa apa pon, i'm try my best for this sem. Semoga pointer steady. nak kerja AKJ memang tak sempat lah sem ni sebab projek 1 dah spoil. hahah. Nvm, kite cuba next sem, in shaa Allah. okay, that's all. harini takdak cerita pasal IF k. hihi

Wednesday, 5 February 2014

14//

Assalamualaikum and Hi stalker ! :* hihi xD 
Tinggal sehari sahaja untuk bersenang lenang dekat rumah ni. Act, banyak gila esemen. Tapi yang dah settle 1 je. hahaha teruk sekali ye. Jangan contohi. Si IF tu lagi lah tak buat esemen, kalau bosan je main dota. Gua pulak yang bosan. hahah. Dia tu balik rumah bukan nak bawak barang-2 untuk buat esemen. haha. Gua kalau bosan, mesti dengar lagu yang dia bagi gua. Boleh dikatakan tiap hari dengar sampai terbosan. hahah. tapi still nak dengar lagi. hahaha. Tiap hari gua terfikir adakah dia yang terakhir untuk gua? gua harap dia yang terakhir. gua taknak cinta yang sia-sia. hahaha. mintak dijauhkan dari cinta yang sia-sia lah ye. hihi xD in shaa Allah. heh. okaybye :*

Tuesday, 4 February 2014

13//

Assalamualaikum and Hi guys! Waddap ? heh.
Just had a sweet conversation w/ him last night. hihi. He such a sweet man ever for me. yeah. Last night konon merajuk lah dengan dia sampai tak reply ws dari pukul 10 sampai 1 kot. hahah. Then, masa nak amek mood tidur tu tetibe dapat ws dia. hihi. Dia ingatkan gua dah tidur tapi gua tak tidur lagi act. hahah. Dia say sorry etc pastu gua okay lah then tanya tadi buat apa je? boleh pulak dia cakap wc dengan that girl yang suka dia dulu. hahaha, gua time tu macam nak baling je phone. hahah. but i know him. heh. act dia main dota je pon. tapi time tu macam nak merajuk semula je. hahah. then tetibe dia cakap suruh dengar lagu encik mimpi- rindukanlah. gua takde lagu tu act, tapi gua buka kt youtube. then baca bait bait ayat dia tu. pehh, meaningful k. hahaha. dia cakap lagu tu untuk gua. hahaha. terus tak jadi nak merajuk k. haha. sweet gilosss. Hopefully he's the one for me. in shaa Allah. k, that's all. thanks luangkan masa. hahaha

Saturday, 1 February 2014

12//

Hi, Assalamualaikum guys!
Just wanna share apa yang berlaku dalam kehidupan seharian gua. heh. Selama ni, yang gua tweet entah pape dekat twitter tu rupanya ada stalker kesayagan gua ni baca. Stalker kesayangan gua tu si IF lah. hahah. Rupanya dia stalk gua since awal bulan 1 haritu. hahaha. Malu sekali ye. hihi. Next ada lah kejadian yang malukan diri sendiri bila gua baca ws dari IF kt meja makan while mama tengok tv and gua tak perasan gua senyum sorang-2 pastu mama tengok then mama tegur kenapa senyum sorang-2? hahahah. sumpah malu time tu. I don't why, everytime i had a conversation w/ him, I'll smile. hihi xD Tapi kalau depan depan tak ah. hahaha. He always makes me smile. Thanks MIFZ :* Almost 2 weeks together, one day he said sayang awak >< hahaha, time tu dah gua dekat rumah sewa lagi tengah kemas-2 barang then gua senyum + gelak sendiri sapai housemate cakap gua gila.hahah. Dia ada jugak lah say sorry sebab our relay tak macam orang lain sebab jarang bersama dekat kelas and luar kelas. Sebab dia cakap dia dah selalu dengan kengkawan. Nvm, as long you love me dude :) Bohong lah kalau tak jealous kan. haha tapi takpe lah tak kesah sangat pon. sampai masa nanti in shaa Allah kita akan bersama selamanya. cewahhhh. hahah. Kitaorang punya relay ni tak lah satu kelas tau, hanya yang rapat dengan kitaorang je tau. heh. buat ape kecoh kecoh kalau takde kesudahannya nanti kan? haha. I just hope he's the one. Semoga jodoh berpihak pada kami. In shaa Allah. Hopefully dia tak jumpa blog gua ni, hahaha. dah lah banyak cerita pasal dia kt sini. haha. Okay that's all guys. Doakan kebahagian gua k. Semoga jodoh itu milik kami. hahaha. In shaa Allah amiin.  Maaf kalau ada salah silap. heh :)

Sunday, 26 January 2014

11//

Hi, Assalamualaikum! 
A little bit busy this week so tak berapa nak sempat update. Now, just wanna share a few picture masa archiday haritu. heh 



Yang first tu masa buat aktiviti tapi hanya duduk di tepi saja. hahaha. Yang bawah tu w/ IF masa dinner. heh. Kitaorang guna gambar yang sama dekat ws! yey! hahahah. konon sweet padahal kalau berdepan dengan dia ni dalam kelas adalah sangat menjengkelkan. hahaha. Biasa lah tu kan. okay that's all. bye! :*

Saturday, 18 January 2014

10// He's mine.

Assalamualaikum hi! Gua happy sangat saat ni. cewahh. Sebab apa? haa tengok tajuk jelah. Mesti dah tau kan. heh. Okay, now tolong jangan kacau dia k. cehh. Gua taktau macam mana nak ungkapkan dalam blog ni. haha. Yang penting gua harap semuanya seperti biasa lah. Taknak kecoh-2. Doakan yang baik2 je k. heh. Tu jelah, sebab taktau nak type apa. hahah. Later gua update lg. haha. bye :*

Friday, 17 January 2014

9//

Assalamualaikum Hi readers! Ada ke readers kt blog gua ni? haha. Okay, sebenarnya harini tak berapa nak ada mood. Rasa macam tak sedap hati je. Taktau kenapa. Perkara yang wajib semua dah buat, baca yassin pon dah tapi hati ni tak tenteram. I don't know why... I just hope have something that can make me happy after this. Taknak lah something bad happen. Nantu bagai dah jatuh ditimpa tangga pulak. huhu. Maybe over thinking kot sampai macam ni. Act, malam tadi still tak berjawab soalan dengan IF.Dia sampai rumah makcik dia around pukul 12 lebih at that time gua dah tertidur. Taktau kenapa awal sangat tidur malam tadi. Padahal takde lah penat mana pon. haih. I still wonder kenapa tak sedap hati. Taknak something bad happen :/ Allahuakbar. In my mind, should I be honest toward him? Nvm, just follow the flow. Hopefully nothing bad happen. In shaa Allah. K, that's all guys. Bye :)

Thursday, 16 January 2014

8// Pasang Surut Kehidupan

Hi, Assalamualaikum guys! Okay, harini berkesempatan untuk update sebab esok kelas cancel. dah 2 minggu berturut-turut takde kelas hari Jumaat. Best jugak lah sebab dapat balik rumah. hahaha. Okay, macam selalu lah kan nak share pasal IF. Heh. now we're getting back. cehhh. back pebendenye tah. haha. maksudnya dah kembali baik seperti dulu kala. ecehh. Gua sangat suka bila dia kejutkan gua pepagi, chat gua bila dah sampai rumah. hahah tapi gua tak suka bila si housemate gua yang gedik tu wc dengan IF. gua ada cakap dengan IF takyah layan dia tapi dia cakap tak boleh lah macam tu, dia nak jaga hati orang lain jugak. haih, tapi hakikatnya hati gua tak terjaga. haha. Okay, cakap pasal hati ni, gua dah bagi hati gua dekat si IF tu. hahahah. kononnye. dia cakap dia nak jaga hati gua macam dia jaga diri dia sendiri. haha.In this week, banyak lah sejarah tercipta. hahahaha. the most important thing, masa dalam kelas tadi kami berbalas senyuman. Masing-2 segan nak tengok each other. haha. Then today, dia boleh pulak tanya gua benda yang paling gua takut. hahaha. Dia tanya gua suka dia ke tak. Huh, susah nak jawab. hahahah. Padahal.... hahaha In shaa Allah gua akan jawab pertanyaan dia tu. Dan dia jugak nak bagi tahu perasaan dia kt gua bila gua dah bagitahu yang gua suka ke tak kt dia tu.haha. Tapi hakikatnya gua ni malu nak bagitahu.Gila ke ape nak bagitahu kan. hahaha. entahlah. gua takut ahhh. takut je kalau bertepuk sebelah tangan nanti. haih. Bebudak rumah gua semua dah tahu yang gua contact dengan dia kecuali that girl je lah. hahah. Act, bebudak rumah gua pon tak suka that girl yang suka mainkan perasaan orang. Gua sangat tak sangka. hahaha. So now, just wait for keberanian gua untuk bagitahu kt dia and wait for his answer. hahah. Kalau boleh taknak bagitahu dulu ahh, biar dia yang start dulu kan. hahaha. Hopefully his answer tak menyedihkan dan gua tak bertepuk sebelah tangan. wakaka. Okay that's all. Wait for the next post :*

Sunday, 12 January 2014

7//

Assalamualaikum and Hi kepada diri sendiri sebab blog ni gua je yang baca. hahaha.Okay, harini akan pulang ke merlimauland. haha. Macam biasa gua balik malam lah. heh. Tapi takde lah malam sangat sebab nak photostat assgment. Kang tutup pulak kedai tu. haha. Dah lah nak kena submit esok. Lepastu nak kena pekatkan, buat hatching then colouring sikit. haih. Ni lah pelajar seni bina yang bakal menjadi arkitek satu hari nanti. cehhh. In shaa Allah amiin. Doakan k. heh. Tapi seriously, architecture student sangat kurang tidurnya bila tengah buat projek. Okay tu pasal study, now nak share pasal personal life yang macam selalu gua update. haha. Okay, baca sikit petikan kt gambar bawah ni.


Okayy, see! cinta dalam diam. Sama macam gua suka si IF tu lah kan. Tapi gua tak pernah bagitahu, tak pernah tunjuk reaksi suka kt dia. Tapi aku harap semoga dia menjadi jodoh aku satu hari nanti. In shaa Allah. Mesti orang pelik kenapa nak dia? Sedangkan perjalanan masih jauh lagi. Kan? haa, entah lah. Tapi memang hati aku ni dah terpaut kt dia. cewahh. Then, aku yakin yang dia tu boleh bimbing aku, boleh jaga aku. Semoga dimakbulkan. Meskipun, aku tak tahu hati dia macam mana, hati dia suka dan sayang pada siapa. Aku serahkan semua tu pada Allah je. Okay, that's all. Semoga segalanya dipermudahkan bagi aku. heh. bye :*

Saturday, 11 January 2014

6//

Assalamualaikum hi readers !
Sekarang ni agak free sikit, so tu yang asyik update je. Lagi pon gua dekat rumah so senang sikit nak update. Kalau dekat rumah sewa agak susah sikit lah kan. haha. Okay pagi ni gua ada chat dengan si IF tu. Kebetulan memang gua tengah edit gambar gambar lama. Nak buat simpanan sendiri je padahal. Then dia tanya untuk apa, aku cakap lah untuk suka suka je takkan nak bagi kt dia pulak kan. Then dia cakap apa salahnya kalau bagi kt dia. Tak salah pon. hahaha. Gua pon dengan selambe badak edit gambar gua dengan dia. wakaka. Ini disebabkan dia k. Then gua bg dekat dia. Wuwuwu. Ini lah aku, kejap je dah boleh tegur balik. Memang tak best ah kan bila tak bertegur ni. So just follow the flow. This is me! Okay, setakat ini sahaja. Satg kalau tetibe ada benda yang gua nak update gua update ah. Dalam sehari mungkin banyak kali gua akan update. hahah. kbye :*

5//

Assalamualaikum, Hi stalker :* 
Gua taktau lah siapa yang baca blog gua ni selain diri ini sendiri. hahah. Tapi view agak tinggi jugak. Gua syak member seangkatan gua jugak kot yang baca. haha. Okay act tengah bosan ni. Seriously gua tertunggu wc dari si IF tu. Sampai sekarang dia tak wc gua. Gua tak tau lah dia memang dah taknak wc gua ke ape. Yelah gua ni bukan jenis yang suka start dulu. Gua suka orang start dulu. Hmm, mungkin dia taknak wc sebab gua dah tak tegur dia kot kt class. Maybe... Tapi hopefully dia akan wc gua lah. hmm tadi ingatkan nak wc dia tapi gua ni pemalu ahhh. hahaha. Boleh dikatakan ego jugak kot. Tapi tak semua bab gua ego k. Seriously phone gua senyap gila kalau bunyi pon dapat mention kt twitter je. Maxis pon taknak text aku dah. hahah. Sadlife :/ Tapi yang sebenarnya gua rindu nak wc dengan dia, taktau lah dia rindu gua ke tak.  Rindu nak share cerita dengan dia, rindu nak kenakan dia, rindu nak wc dia semata nak mintak nyawa atau tiket candy crush. SERIOUSLY RINDU. Tak boleh nak ungkap ahh senang cita. Hamboiiii kauu. haha. Always miss the word 'amboi kau' from him. Banyak lagi perkataan yang dia sebut tu terngiang je kt telinga aku ni. hahah. Parah dah aku ni. hahaha. Okay itu je setakat ni, kalau korang ni member2 aku sila beri respon di bawah ni. hahaha. kalau berani lah ye. heh. Okay bye :*

Friday, 10 January 2014

Binggung//

Hi, Assalamualaikum :D

Okay, harini takdak class so since malam semalam gua dah balik rumah. heh. bab balik ni memang gua paling awal. haha. okay, gua nak perasan sikit harini, hihi. Gua rasa si IF tu mesti sedih gua tak tegur dia since isnin haritu. wakaka. perasan gila. Gua tak wc dia since hari apa tah yang last dia wc gua. Gua macam perasan dia macam pandang-2 dekat gua. hahahaha. kekadang gua terpandang dia jugak time dia tengah pandang gua. haha. Okay, yang gua tak puas hati sekarang ni ialah housmate gua tuu. Dia dah ada botak dia tu tapi still nak IF tu pehal??? Eh, miang betul. Ni lah payah kalau orang tak reti nak setia. One more thing, gua ingat gua sorang je tak suka minah tu tapi rupanya housemate gua yang lain pon tak suka dia dari segi study, cara dia. Then semalam siap kutuk dia dalam bilik kitaorang siap kunci pintu lagi. hahah in lawak. Gua harap hubungan gua dengan IF okay lah lepas ni, bila tak bercakap sesama rasa macam something yang tak best. Gua tahu dia pon macam tu kot. hahahah. K, that's all. bye! 

Monday, 6 January 2014

3rd post//

Assalualaikum, Hi!

Okay, dah berapa hari tak update? Biasa lahkan student life agak busy dengan class tu yang tak sempat nak update blog. Okay let's share something here. Start hari dari hari isnin haritu gua tak tegur langsung, senyum pon tak dekat si IF tu. Gua dah malas berserta give up. Haha. Tetibe malam semalam dia wc gua tanya tengah buat apa bla bla bla. Gua reply jelah. Then tadi masa tengah makan dekat meja makan gua nampak housemate gua dia wc dengan IF, mungkin diaorang sentias ber-wc. Okay dari situ lah gua rasa ah redha jelah. Malas nak fikir sangat pasal dia. Tapi susah jugak. Haha. Cuma berharap sesangat yang housemate gua tu tak satu group dengan dia untuk next projek design and gua pon taknak satu group dengan dia. That's all. Bye :*

Sunday, 5 January 2014

2nd Post//

Hi, Assalamualaikum!

Okayy, harini nak share apa eh? haha. Act, bosan so update lah. heh. Dear readers, kalau adalah antara korang yang baca ni dari classmates gua ataupun housemates gua, tolong jangan heboh pasal blog gua ni k. Yelahh, zaman sekarang ni, kita search kt google pon boleh jumpa semuakan. Kalau korang dah jumpa gua punya blog ni then dah baca apa yang gua cerita dekat 1st post, TOLONG jangan heboh. Gua tak suka k. Buat macam tak pernah baca je k. Nway thanks to apeng peng sebab dengar cita gua haritu. hahah. Tak pasal-2 jadi tempat luahan. hahah. lawak pulak. K, nvm. Gua tak kesah dah pasal sesiapa sekarang. Life must go on. Kalau ada jodoh tak kemana pon. Ye takkk? Kalau korang couple 2/3 tahun tapi kalau tak ke jinjang pelamin tak guna jugak. ye dokk? hahah JK :p Okayy, hopefully class untuk minggu ni berjalan lancar. Segala project dan asgmnt be nice w/ me kay :* Semoga dapat markah yang sedap mata memandang untuk project 1 design. K, that's all. Thanks luangkan masa untuk stalk blog ni. heh :)

Saturday, 4 January 2014

1st post.

Hi, Assalamualaikum :'D

This is my first post in 2014. It's a long time I did not post anything about my life. I wanna share about something here. It's about one guy. Tapi sebelum tu, kalau korang perasan, gua punya url dah berubah right? Ini di sebabkan gua nak kan privacy. Taknak gua punya classmates or housemates gua baca. hahah. Okay, jom cite. Ni pasal sorang mamat class gua nama dia `IF', singkatan jelah ea. heh. Macam mana kitaorang boleh rapat, okay start from project akhir basic design sem 1 dulu. Dia ni sangat caring, jaga keselamatan kitaorang, solat kitaorang then berlanjutan sampai berwechat time cuti sem. Then gua rasa makin lama gua makin suka dengan dia ni. Tapi gua tak menunjuk lah. Tapi dulu masa buat project sem 1 dulu, gua ada cakap dengan dia yang gua suruh dia masuk minang gua sem 6 nanti. tapi just for fun lah dulu tu. Time tu gua takde perasaan lagi kt dia tu. Then makin lama ber-wc and wasap dengan dia, gua rasa gua suka dia. Then sampai ade satu hari ni masa dalam kelas, gua macam tak berapa nak layan and pandang berserta borak dengan dia tapi gua perasan lah yang dia ni ada pandang-2 gua. hahaha. ni cite sem 2 ni lah. baru lagi. heh. tu masa class petang lah. then tetiba masa lect tengah busy dengan student lain, dia datang dekat gua. Mula-2 dia datang diri sebelah gua pastu tetiba tarik kerusi duduk sebelah gua then dia mintak phone gua, taktau buat ape. pastu dia suruh like gambar wc dia lah bla bla bla. Tapi pada masa yang sama, ada member gua a.k.a budak rumah gua a.k.a budak kelas gua ni suka dia. Taktau lah suka betul2 ke tak sebab dia ni still contact dengan ex dia rasanya lah. huhu. dia ni suka si IF tu then dia menunjuk lah.bukan macam gua, gua suka gua senyap je. haha. dia ni tiap kali dapat wc dr that guy,punya lah heboh satu rumah. haih, bohonglah kalau gua cakap gua tak jealous kan. haha. K, lupa kan that girl kejap. Every time gua wc dgn si IF tu, mesti ada terselit nama that girl. Bukan dia yg sebut dulu nama that girl tapi gua. Yelah, gua taknak lah dia tahu yang gua dah mula suka kt dia tu. Tapi it's too hurt for me. Tapi gua selalu ingat satu ayat ni je `suka tak semestinya memiliki` right? yeah. Ada member gua cakap yang dia suka gua sebab selalu wc gua. Tapi gua rasa tak. haha. Gua rasa macam nak jauhkan diri dengan that guy even susah. Hopefully project 2 nanti gua tak satu group dengan dia lagi. Every time nak sebut nama IF depan that girl, hati gua sangat berat nak sebut. I dunno why. Tapi that guy boleh dikatakan tiap hari wc gua dengan that girl!!! ._. Dia ni ada jugak cerita kisah lama dia dekat gua tapi kt that girl gua tak tau. Gua rasa lepas habis project 1 ni, gua taknak lah contact dia lagi. Kang makin lama makin parah pulak. Gua pon dah ada nombor baru, so better no lama gua tu, gua simpan. haha. Then wc dengan wasap gua nak guna no baru. heh. Hopefully gua cukup kuat nak hadap semua ni. In shaa Allah amiin.